Friday, April 20, 2012
puisi untuk ayah
Ayah…
Hati ini selalu ingin kembali seperti dahulu….
Meninginkan dirimu disisiku,
Menemani hari –hari yang seakan sunyi ,
Untuk Mengisi ruang ruang kosong yang terbiar sepi ini..
Ayah….
Dimana kan ku cari ganti…
Kasih sayangmu;
Perhatianmu;
Ketabahanmu;
Semuanya tentang dirimu…
Dimana ayah? Di mana harusku cari…
Lihatlah ayah…
lIhatlah anakmu yang sentiasa merinduimu ini,
lihatlah anakmu yang sentiasa cuba tersenyum ini,
lihatlah anakmu yang sentiasa menangis di dalam gelap ini,
Lihatlah anakmu yang sentiasa kebasahan dipipi ini,
lihatlah anakmu yang sentiasa berdoa ini..
agar rohmu sentiasa di cucuri rahmat…
agar dirimu hadir di dalam mimpiku..
Memelukku, memciumku,
walau sekejap sahaja.....
*alfatihah*
Mat Bin usoh
19/04/40 ~ 17/ 09/2011
Tuesday, January 31, 2012
Subscribe to:
Posts (Atom)